KUALA LUMPUR: Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.
Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL) dalam satu kenyataan memaklumkan tren bernombor 59 itu dikeluarkan daripada perkhidmatan pada 8.19 pagi selepas pihak pusat kawalan (OCC) mengesan masalah berkaitan 'tachometer' yang dalam proses penggantian dan penambahbaikan.
"Penumpang telah diminta turun di Stesen LRT Jelatek dan mendapatkan tren seterusnya, yang merupakan sebahagian daripada prosedur operasi bagi memastikan keselamatann serta kelancaran operasi tren,'' menurut kenyataan itu.
RapidKL memaklumkan proses mengeluarkan tren tersebut mengambil masa tiga minit dan pelarasan semula kekerapan tren selama 10 minit itu menyebabkan berlaku sedikit kesesakan di platform kerana jumlah penumpang yang tinggi pada waktu kemuncak.
Menurut RapidKL tren gantian bernombor 54 dimasukkan bagi mengekalkan kekerapan tren selama lima minit, manakala tren yang mengalami masalah telah dibawa ke depoh penyelenggaraan Rapid Rail di Subang.
"Program penggantian 'tachometer' telah bermula dan Rapid Rail sedang dalam proses penerimaan alat tersebut yang telah ditempah dan akan diterima secara berkala dari sekarang hingga pertengahan tahun 2023. Kami sedang berunding dengan pihak pembekal bagi mempercepatkan penghantaran,'' menurut kenyataan itu.
Sementara itu, RapidKL juga memaklumkan kesesakan di Stesen KLCC pula berpunca daripada tiga pintu yang mempunyai masalah ketika tren bernombor 10 tiba di stesen KLCC pada 7.53 pagi tadi.
"Kami mendapati pintu platform berfungsi secara normal pada tren-tren lain dan pihak operasi telah mengeluarkan tren tersebut untuk menjalani pemeriksaan lanjut di depoh Subang.
"Rapid Rail akan menjalankan pemeriksaan dan ujian terhadap sistem komunikasi antara pintu tren dan pintu di platform selepas waktu operasi tamat pada hari ini bagi mengenal pasti punca dan seterusnya membaiki masalah tersebut," menurut kenyataan itu.
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang mula beroperasi sejak 1998 sedang dalam proses dinaik taraf secara menyeluruh bagi beberapa sistem, komponen dan infrastruktur.
"Program ini dalam proses dilaksanakan dan akan diselesaikan secara berperingkat. Rapid Rail ingin memberi jaminan bahawa keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan dan kami memohon maaf atas gangguan yang berlaku serta ketidaksenangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami," menurut RapidKL.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022
Kesesakan yang berlaku susulan masalah mekanikal tren. - Gambar/ Sinar Harian/ Twitter @faizalghazaly
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023
Seramai 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
MoU itu antaranya melibatkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan serta pertukaran maklumat perdagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Gangguan LRT: MOT tunggu laporan pakar - Anthony Loke
Laporan berkenaan akan memberi gambaran mengenai sejauh mana kerosakan struktur itu memberi kesan dari aspek keselamatan.
Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.
Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.
Gangguan LRT: Ujian penuh esok tentukan pembukaan semula perkhidmatan
Tarikh pembukaan perkhidmatan LRT bagi laluan Kelana Jaya akan bergantung kepada hasil pengujian yang akan bermula malam ini.
Gangguan LRT: Wee Ka Siong tidak tolak kemungkinan sabotaj
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).
LRT tergendala: Majikan boleh pertimbang beri kelonggaran kepada pekerja - MEF
Majikan boleh memberi kelonggaran termasuk memberi kebenaran masuk lewat ke pejabat atau bekerja dari rumah bagi pekerja yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan (LRT) laluan Kelana Jaya.
Gangguan LRT: Ujian pergerakan tunjuk hasil positif selepas penambahbaikan - Prasarana
Ujian selanjutnya akan dijalankan bersama pakar 'original equipment manufacturer' (OEM) dari Kanada dan Dubai.
Prasarana peruntuk RM250 juta naik taraf pencawang elektrik LRT Laluan Kelana Jaya
Prasarana umum langkah yang diambil bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 Sept lepas.
Perkhidmatan LRT terjejas, pengguna 'berang' terkandas beberapa jam
Beratus-ratus pengguna perkhimatan Transit Aliran Ringan (LRT) terkandas pagi ini susulan gangguan bekalan elektirk dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park.